Life is an opportunity, benefit from it..Life is beauty, admire it..Life is bliss, taste it..Life is a dream, realize it....Life is a challenge, meet it..Life is a duty, complete it..Life is a game, play it..Life is a promise, fulfill it..Life is sorrow, overcome it..Life is a song, sing it..Life is a struggle, accept it..Life is a tragedy, confront it..Life is an adventure, dare it..Life is luck, make it..Life is too precious, do not destroy it..Life is life, fight for it..

Saturday 14 May 2011

Bengang Punye pasal...

assalamualaikum...
Sepanjang minggu lepas memang banyak giler tekanan yang melanda hidup ayong ni... hehehe... sebab tu la lama tak post apepe entry untuk bacaan korang
Pertamanya,
ayong tertekan dengan peperiksaan kenaikan pangkat...walaupon satu paper je,tapi satu paper tu dah berkali - kali da ayong ambik... tak mo lulus -lulus...( kena mandi air bunga dulu kot...) mintaknya lulus la kali ni...bukan ape da macam orang bute hurup da menjawab soklan ...walaupon bawak buku masuk dewan tetap soalan nyer mencabar jiwa...
Keduanya,
ayong tertekan dengan sikap seorang "Bos Kecik"... ye bukan boss besar pon...
sumenya bermula bila 10hb lepas ayong declaire untuk ambik cuti rehat atau dalam singkatannya CR sehari sebelom peperiksaan yang menekan jiwa...di tengahari yang bening tu... dia call ayong..kali pertama panggilan dibuat menggunakan telefon ofis,sumpah ayong lansung tak dengar bunyi ringtone telefon tu berbunyi...ye la mase tu ayong tengah semayang zohor,of course la telefon bukan dalam genggaman.. kali kedua pulak dia call ayong guna henpon tah sape - sape tah & dengan penuh kemesraan ayong menjawab la panggilan hina itu...
Cehhh... dia tengkingnya ayong seperti dia menengking orang gaji indon dia.... kurang ajar betul caranya...
soalan dia.... atas kebenaran sape ayong bercuti.... alahai... selama 5 bulan dalam tahun 2011 ni baru sekali ayong bercuti dah porak peranda dah hidup dia... ish,ish,ish......ayong terangkan pada dia ayong bercuti kerana ayong dah request dari januari da cuti ni...esoknya 11hb peperiksaan so ayong layak ambik CTR ( cuti tanpa rekod) katanya ayong memandai - mandai... dia ada hak untuk tarik cuti tu & anggap ayong absent... Haish... meroyan ke pompuan neh??? ayong pon dengan rasa panas hati bersiap - siap & terus pergi jumpa dengan dia....Yang peliknya, sesampai je ayong di pejabat muka dia tak de pulak reaksi seperti budi bahase dia dalam telefon tadi yang ala - ala diva tu...ayong pon mengadap dia dia... bukan pulak soal cuti yang jadi pertikaian dia... dah masalah roster pulak yang menjadi masalah... haish.. tak paham la pompuan ni...bila da cuti yang sehari ni menjadi isu, ayong pon terpaksa la mengungkit kerja double shift... kerja yang dibuat pada hari ayong sepatutnya cuti... nak tau ape katenya... katenya kalau ayong mengungkit takde pahala yang ayong dapat... astagfirullahala'zimmmmmmmmmm...... kalau tak mengungkit dia bukannya nampak ayong kena kerja macam nak mampos ni... bukannya dapat gaji buleh buat bayar muke rumah pon...heeeehhhhhhhh... sakit nya otak pikiran ayong mase ni....
last skali, baru la dia mintak maap sebab meninggikan suara...hmmmm... apelagi nak ayong jawap? takkan la nak maki plak dia... senyum je la... dalam hati aku... jangan ingat aku takot kat kau la pompuan...cehhhh....
Tapi,
Pada ayong hidup ni kalau takde yang menekan mesti takde la kisahnye... so... ayong argue je... cuma ayong berdoa pada tuhan jangan la bila da naik pangkat nanti ayong jadi riak seperti itu... sesuka hati nak menengking orang ...huuuu... hilang rupa cantik kan...
ok... la ayong stop dulu la dah merepek menuju ke arah mengumpat dah ni....bye....hehehe...

Wednesday 4 May 2011

Sentimental Value...

Ku lari ke hutan 
Kemudian menyanyiku
Ku lari ke pantai 
Kemudian teriakku
Sepi..sepi dan sendiri aku benci
Aku mahu bingar…aku mahu di pasar
Bosan aku dengan penat
Dan enyah saja kau pekat
Seperti berjelaga jika ku sendiri
Pecahkan saja gelasnya 
Biar ramai..biar mengaduh sampai gaduh
Aihh..ada malaikat menyulam jaring labah-labah 
belang
Di tembok keraton putih
Kenapa tak goyangkan saja locengnya 
Biar terdera
Atau aku harus lari ke hutan
Belok ke pantai?

Pernah dengar x sajak ni... ahhhaaaa.... sajak ni ada dalam filem AADC.. ada sentimental value sajak ni sebenarnya... apepepon,cuba fahami maksudnya & aku cuba letakkan diri diatara sajak ni...

Wednesday 27 April 2011

Nota Untuk Mu.... Kawan ( # 1)

kawan,

maaf andai aku sakiti kamu,tapi...aku nak kamu tahu aku juga sakit kerana kamu...bertahun aku cuba penjarakan hati aku dari tidak berkawan lebih dari berkasih tapi, disaat akhir kawan buat aku rasa lebihnya kasih..aku tahu itu salah...aku cuba lari...tapi, aku juga yang tak mampu...
kenapa mesti aku di pilih tuhan untuk rasai lagi luka di tempat itu...
Sakit! Sakitnya tuhan yang tahu...faham sangatkah kamu semua dengan aku sampai aku sendiri tak faham kenapa aku ..lantas aku lansung tak faham kamu...
Kamu fikir,aku juga seperti kamu...kamu salah! Kamu fikir apa dihatimu sama dengan aku..kamu salah!! Aku berada ditengah ramai yang sangat sunyi...aku sangat perlukan kamu bawa aku jauh dari semua ini...tapi,kamu juga tinggalkan aku seperti mereka... Kamu juga perlakukan aku seperti mereka...meskipun kamu kawan...aku tersalah mengagungkan kamu walau sedikit pun aku belum faham siapa kamu..
kamu masih belum fahami aku kawan...kata lah apasaja...aku sudah bersedia aku sudah biasa sakit begini,tapi kali ini disakiti kamu...kawan yang aku sendiri anggap berbeza tapi, sebenarnya tak ada bezanya...
terima kasih kawan...kamu satu - satunya kawan yang masih tersimpan di hati aku... jauh mana kamu pergi walau di tengah lautan sekalipun kamu masih aku kenang...kerana aku bukan jenis manusia yang mudah lupa..walau pun pahit..

Nota untuk kawan (#2) Cerita Mimpi

Assalamualaikum...
maaf kawan aku salah menafsir kamu...pertama kali aku disapa kamu, aku kamu pimpin masuk kedalam mimpi2 indah kamu...tempat2 yang tak pernah seumur hidup aku jengah tapi, aku redah dengan kamu...bila sampai ditengah2 kamu tinggalkan aku sendiri berfikir kenapa kamu bawa aku kesitu... Kenapa aku jadi dungu mengikut kata2 kamu aku sendiri tak tahu,walaupun kamu tidak meminta tapi aku dibawah pengaruh sesuatu yang sebenarnya aku yang mengawalnya...aku lansung x terfikir apa sebenarnya yang kamu mahu dari aku sampai masa aku tiba2 disedarkan aku sampai dihujung halaman mimpi & lantas kamu cuba menyentap tangan yang memimpin dengan kasar namun sangat susah untuk aku lepaskan...melepaskan pimpinan itu bermakna aku tinggalkan dunia mimpi yang sangat2 indah...aku menangis semahu - mahunya walau aku sendiri tak faham kenapa perlu tangisi pemergian mimpi...aku masih tak mahu lepaskan...namun bila kamu berterus terang mengapa kita harus tinggalkan halaman itu...aku jadi sedih, sedih sangat kerana terpaksa melangkah keluar dari alam mimpi dan duduk semula dialam realiti tanpa kamu...sumpah aku tak pernah berjumpa situasi ini...walaupun seketika tapi sangat bermakna...tapi, kenapa hanya dalam mimpi? Bukan di alam realiti ? 
aku sedar....mimpi akan terus pergi & takkan berulang lagi..tak mungkin....
untuk kamu kawan ku  mimpi, terima kasih atas penyerahan semula hati aku yang kau pernah tanam di halaman itu...aku gembira kenali kamu tapi aku mahu kamu tahu aku agak sukar membuang cebisan2 mimpi yang terlekat di dinding realiti aku...kamu fikir aku boleh lalui alam realiti ini...memang aku boleh lalui,tapi... Takkan seindah perjalanan mimpi yang aku dan kamu lalui... Terima kasih atas doa kamu untuk kebahgiaan aku begitu juga aku...walaupun sebelah kaki aku sebenarnya belum lagi aku tarik dari alam itu...terima kasih kawan atas keikhlasan...aku sangat hargai kamu...

Tuesday 26 April 2011

I Do..............................

It's always been about me myself and I
If all relationships were nothing but a waste of time
I never wanted to be anybody's other half
I was happy to say that our love wouldn't last
That was the only way I knew to that you

You make we wanna say
I do, I do, I do, do do do do do do doo
Yeah, I do, I do, I do, do do do do do do doo
Cause every time before we spend like
Maybe yes and maybe no
I can live without it, I can let it go
Ooh, I did, I get myself into
You make we wanna say I do, I do, I do, I do, I do, I do,

Tell me is it only me
Do you feel the same?
You know me well enough to know that I'm not playing games
I promise I won't turn around and I won't let you down
You can trust and never feel it now
Baby there's nothing, there's nothing we can't get through


So can we say
I do, I do, I do, do do do do do do doo
Oh baby, I do, I do, I do, do do do do do do doo
Cause every time before we spend like
Maybe yes and maybe no
I won't live without it, I won't let it go
Wooh Can I get myself into
You make we wanna say

Me a family, a house a family
Ooh, can we be a family?
And when I'm old and sit next to you.

And when we remember when we said
I do, I do, I do, do do do do do do doo
Oh baby, I do, I do, I do, do do do do do do doo
Cause every time before we spend like
Maybe yes and maybe no
I won't live without it, I won't let it go
Just look at what we got ourselves into
You make we wanna say I do, I do, I do, I do, I do, I do,
Love you


*Special to my dear Shah....
We do not find the meaning of life by ourselves alone but we find it with another....I fear that someday time would keep us apart & you might forget me, but before it happens, I hope that you have felt, even for a single chance that I have cared for you best way I know.

Monday 18 April 2011

Akhirnya....

Assalamualaikum,
Hari ini, hati ayong masih tak menentu sebenarnya.. rasanya baru sangat ayong berjumpa dengan Junie & sekarang dia dah pergi buat selamanya.Bukan ayong tidak menerima qada' & qadar tuhan..(wajibkan kita percaya padanya, rukun iman tu... )tapi, tiba - tiba hati ayong terdetik di saat - saat akhir dia masih tak lupakan ayong.Dah ayong katakan, bukan ayong sengaja tak nak selalu  melawat dia... tapi, hati ayong tak setabah dia.Ayong jadi terkilan bila,4 hari sebelum "pergi" menghadap ilahi.. sempat lagi dia berbisik pada Fiza kawan kami yang dia nak berjumpa ayong.. luluh rasa hati bila di saat - saat dideritai kesakitan di masih tak melupakan ayong..akhirnya, ayong pergi juga melawat dia dengan tekad di hati tidak menunjuk rasa hati ini di riak muka... ayong berikan senyuman yang paling bermakna agar dia menyangka ayong tak berasa sedih lansung melihat dia.. tapi, ayong kalah juga bila dia menggengam tangan ayong sekuat hati... ayong ungkapkan pada dia "Junie,Kau kuat...insyalah kau boleh hadapi dugaan ini... insyallah!.." tiba - tiba air mata dia bergenang & dia geleng kan kepala...ayong genggam tangan dia.." tuhan ada dengan kita...jangan lupa pada dia ..." ayong bisik lagi pada dia...dia menganggukkan kepalanya...ayong lansung tak dapat menahan kesedihan lagi...lantas ayong mencium dahinya & minta kebenaran nya untuk balik..alasan ayong anak - anak dirumah belum di jenguk.. padahal waktu itu hendak  saja rasanya ayong menangisi sekali derita sakitnya..sesak sangat rasa di hati ini...dalam hati ayong terdetik" ya allah, sampai bila agaknya ujian berat ini perlu di tanggung sahabat ku.." dia sahabat yang baik... sepanjang hampir 19 tahun ayong mengenali dia, belum pernah sekali dia sakiti hati ayong apatahlagi buat ayong menangis... 
15 april 2011, 10.00PM... sepatutnya ayong berhajat nak melawat dia esok pagi, tapi... dari tadi sambil bekerja hati ayong rasa berdebar - debar.Bila Shah suami ayong beria - ria juga nak melihat keadaan Junie, ayong pun ambil keputusan untuk melawat dia malam ini juga. Rupanya, sesampai ayong di wad keluarganya sedang bersiap - siap nak membawa dia pulang ke Bentong..."Allahuakbar" itu yang ayong dengar dari mulut nya... sekali lagi ayong menggenggam tangannya. dia berbisik pada ayong "aku tak nak balik, aku takut mati..." dalam hati ayong tuhan yang tahu,debaran dia itu rasanya ayong juga dapat rasakan... meremang bulu roma ayong rasanya... ayong bisik pada dia" ingat tuhan junie..." dia mengangguk.. Tiba - tiba dia memanggil adik beradiknya minta di alihkan kedudukan...dia bertanya  "bila nak balik jom lah..." tiba dia putuskan nak balik kerumah...aku masih menggenggam tangannya... aku bisikkan lagi padanya " Junie,aku minta maaf ye...aku sayang kau.." dia anggukkan kepala lagi..dia minta suaminya dipanggil..dan akhirnya dia  d tolak menaiki ambulan untuk di bawa balik ke bentong..ayong menghantar dia sampai dia berada dalam ambulan di temani suaminya dia akhirnya balik juga ke rumah...
16 april 2.49 am... akhirnya di pulang juga pada Pencipta... dan berakhir derita sakitnya...
Buat kamu allahyarhamah Junita Mohd jalil.... kamu sahabat yang sangat baik,aku sentiasa mendoakan kamu agar kamu ditempatkan bersama orang - orang beriman..
al - fatihah buat kamu...

Tuesday 12 April 2011

Lovely Life

Assalamualaikum..
Hari ini ayong masih agak emo  lagi, bukan sebab bergaduh dengan sesapa... tapi, ayong pergi melawat seorang kawan yang di landa bencana "kanser"..aduhai, mana la silapnya lifestyle kita semua bila penyakit bahaya ni menyerang..ayong jadi gerun juga dengan penyakit ini... baru 4 tahun lepas arwah ayu pergi kerana penyakit ini... dan sekarang seorang lagi tengah bergelut dengan kesakitan..sebenarnya  ayong berat nak melawat kawan ayong yang sorang ni, bukan sebab sakitnya.. tapi, ayong ni susah nak mengawal kesedihan... apetahlagi, sebelum ni ayong kategorikan yang si kawan yang satu ni banyak juga kenangannya dengan ayong waktu zaman remaja dulu...tapi, bila berdepan dengan dia tadi, allahuakbar... sedihnya mcm nak pecah dada ayong menanggungnya sampai la tiba - tiba dia yang mengalirkan air mata sebab sedih agaknya, akhirnya ayong muncul juga di depan dia..demi allah, bukan kerana membenci atau menjauhkan diri.... tapi ayong sedih melihat kesakitan yang dia tanggung itu..

Untuk sahabat ayong, Junita Jalil...
moga kau tabah menempuhi apa yang di depan,aku tahu banyak kekecewaan yang kamu lalui... tapi, semuanya ni tertulis untuk kita redah walaupun kadang - kadang kita hampir putus asa dengan perjalanan kehidupan ini..ini jalan kamu.. jalan aku belum tahu lagi arah tujunya...aku sayang kau kawan, banyak kenangan manis kita waktu dulu yang sama - sama kita lalui ....